Sunday, August 18, 2019

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Antara fasal-fasal yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia:
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
ii. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
iii. Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv. Perdana Menteri – ketua pentadbiran negara
v. Perdana Menteri dibantu oleh kabinet.
vi. Agama Islam – agama rasmi
vii. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
viii. Kerakyatan terbuka
ix. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu diberi pertimbangan.

PENUBUHAN SURUHANJAYA REID


Antara anggota Suruhanjaya Reid termasuklah:

AHLI SURUHANJAYA REID
  • Suruhanjaya Reid berperanan untuk merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu Merdeka.
  • Lord William Reid merupakan pengerusi kepada Suruhanjaya Reid. 
Antara cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid:
  1. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang Raja
  2. sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan
  3. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing

HASIL RUNDINGAN

Perjanjian London ditandatangani;
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.
ii. Suruhanjaya bebas untuk mengubal perlembagaan.
iii. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Tanah Melayu.
iv. Perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan  kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
vi. Kuasa pusat dibahagikan dengan kuasa negeri diteruskan.

ROMBONGAN MERDEKA KE LONDON 1956

Selepas Tanah Melayu memiliki kabinet pentadbiran yang tersendiri, ternyatalah Tanah Melayu sememangnya berpotensi untuk memerintah negara tanpa bantuan kuasa asing.

Oleh sebab itu, terbentuklah rombongan merdeka ke London untuk menuntut kemerdekaan.

Antara tokoh-tokoh yang terdapat dalam rombongan Merdeka:
Tunku Abdul Rahman Putra,(Ketua Rombongan) 
Dato' Abdul Razak Hussein,
Dr Ismail Abdul Rahman, 
Kolonel H.S. Lee,
Encik T.H. Tan,
Encik Bahaman Shamsuddin   
Manakala tokoh-tokoh yang mewakili Raja-raja Melayu:
Dato' Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz,
Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid, 
Dato' Mohd Seth Mohd Said
Rombongan MERDEKA 1956
Semenjak 18 Januari 1956, bermulanya Persidangan Meja Bulat anatara Rombongan MERDEKA dengan pegwai-pengawai dari Pejabat Tanah Jajahan British serta ratu England di Lancaster House, London untuk usaha menuntut kemerdekaan.

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MERDEKA

Sistem pengundian merupakan satu kaedah untuk pembuatan keputusan mengikut kehendak pengundi sendiri. Pilihan raya pertama Tanah Melayu yang telah diadakan pada tahun 1955 telah dijalankan melalui sistem pengundian.

Berikut merupakan proses pilihan raya:
1. Penamaan Calon
Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.

2. Penubuhan Parti Politik
Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi bagi memudahkan proses undi.

3. Kempen
Kempen hanya akan bermula selepas proses penamaan calon dan harus dihentikan tepat pada jam 12 tengah malam hari mengundi.Kempen dilancarkan untuk membantu pengundi untuk memahami moto dan inspirasi parti-parti yang terlibat dan dapat memudahkan para pengundi untuk membuat keputusan.

4. Hari mengundi
Hari para pengundi membuat undian mereka. Pada hari tersebut, keputusan akan undian turut akan diumukan.
    


LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MERDEKA

PENGENALAN SISTEM PENGUDIAN
MENGADAKAN PILIHANRAYA
PENUBUHAN PARTI POLITIK

Bendera rasmi Tanah Melayu

Bendera rasmi Tanah Melayu dekenali sebagai 

JALUR GEMILANG


JALUR GEMILANG

  Warna MERAH melambangkan keberanian

Warna PUTIH melambangkan kesucian

Warna BIRU TUA melambangkan agama islam sebagai agama rasmi negara

Warna KUNING melambangkan warna diraja negara



Masa Tanah Melayu Merdeka

Tanah Melayu secara rasminya diumumkan Merdeka pada
31 OGOS 1956 

Definisi perkataan 'MERDEKA'

Merujuk kepada ensiklopedia bebas, wikipedia Bahasa Melayu, perkataan 'MERDEKA' bermaksud pemerintahan yang dijalankan sendiri oleh penduduk tempatan dalam sebuah negara yang pernah dijajah ataupun ditakluk oleh negara asing dan secara amnya negara tersebut sedang menuntut kedaulatan.